Rujuk laporan Utusan Malaysia bertarikh 11 November 2009. Tajuk:PAS *Kelantan Tidak Pernah Amalkan Bai’ah.
- *Mursyidul Am (MA) *PAS kata, “..kita kahwin dengan orang pun ada tandatangan ijab dan kabul, bai’ahlah tu..”. Mungkin aku yang salah faham. MA nak kata bai’ah dalam PAS* ni sama dengan akad nikah kahwin tu ke? Ahh…hamba politik, guna agama untuk kepentingan diri dah jadi makanan harian diorang.
- Aku cuba jadi rasional (aku bukan taksub politik). Tajuk laporan berita ni memang contradict dengan kenyataan MA. Aku tak pasti ni sengaja atau tak, tapi tak elok la..
- Sudah, sambung kerja.
- -Tahun 2006, Audit Bureau of Circulation (ABC) Malaysia keluarkan statistik jualan akhbar di Malaysia. Aku tak rajin sangat nak letak keseluruhan statistik kat sini, sekadar petik beberapa nombor untuk dijadikan bahan cerita dalam entri ini.
- Ulasan terhadap statistik tersebut terbahagi kepada dua bahagian: (more…)
Salahuddin Ayub* kata takda bai’ah cerai isteri talak tiga kalau ingkar keluar *PAS*.
Mahfuz Omar* pun kata takda bai’ah.
Khalid Samad* kata ada, dia ni yang mula-mula keluar cerita bai’ah. Dia ni wakil rakyat dari *PAS*. Baca betul-betul: *PAS*! Sekali lagi, sila ingat, dia ni yang mula keluar cerita bai’ah dan dia ni orang PAS.
Baik, sekarang kita dengar apa kata Husam*. Silakan Incik Husam..
Husam Musa*: “Bai’ah ADA, isu ni SENGAJA DIBANGKITKAN OLEH *UMNO* SEBAB MEREKA TAHU MEREKA TIDAK BOLEH RAMPAS WAKIL RAKYAT *PAS*.” (dipertik dari laporan *BERNAMA*)
What the F? Kot ye pun cemburu sangat dengan kiter-kiter ni (aku tau hangpa dalam *PAS* semua geram belum dapat kepercayaan rakyat untuk memerintah), janganlah sampai macam tu sekali. Rakyat nampak la sapa yang mula cerita ni dulu. Jangan fikir orang semua buta, bodoh dan tolol macam korang. KATA ULAMAK SANGAT…?
- Turun ke kafe, beli cekodok seringgit, makan sambil baca papan kenyataan Kelab Kakitangan BER****. Manalah tahu kalau-kalau ada cerita-cerita baru yang menarik. (more…)
- Tahniah N9 atas kemenangan Piala Malaysia. Tilikan aku salah, penyokong K*elantan yang datang menonton semua jadi “penyerang” N9 tanpa sedar. Keghairahan sokongan penyokong K*elantan menekan psikologi pemain-pemain K*elantann sebenarnya.
- Ya, mereka (pemain-pemain K*elantan) tertekan kerana harapan terlalu tinggi yang diletakkan. Tekanan semakin bertambah apabila ketinggalan satu gol. Memang tekanan dalam permainan penting seperti final Piala Malaysia bisa merosakkan permainan dan strategi pasukan.
- Baiklah, aku bukan saudara Wan Jamak untuk terus bercerita tentang apa yang berlaku malam itu pada pasukan K*elantan.
- Kita semua sudah sedia maklum tentang apa yang telah dilakukan oleh penyokong-penyokong K*elantan malan itu. Bakar kerusi, bakar mercun, bakar macam-macam lagi sebab hati mereka semua terbakar. Haha. Perbadanan yang menguruskan perlawanan malam itu terpaksa didesak oleh Menteri Belia Dan Sukan untuk buat laporan Polis. Hah? Maknanya perbadanan ini memang takde niatlah untuk buat laporan Polis at first? What the…hey, suka ke diorang rosakkan barang-barang dalam stadium?
- Selepas itu, laporan akhbar mengenai pelbagai komen orang-ramai terhadap perlawanan (termasuk gelagat penonton, keputusan dsb..) dapat kita saksikan. Yang buat aku pelik ialah, ada komen dari orang-orang politik mengenai perlawanan itu. Aku kesal sebab orang kita selalu nak kaitkan sesuatu yang takde kaitan langsung dengan politik dan pemerintahan, dengan politik juga. Tolonglah jangan jadi hamba demokrasi. Politik, politik jugaklah, tapi takkan semua benda nak dikaitkan dengan politik.
- Bila penyokong K*elantan merusuh mengganas, aku ada dengar..” emph, negeri Nik Aziz pun rosak macam ni, tak reti memimpinlah tu..” atau begini: ” nampak, negeri diperintah B*N takde pun ganas macam tu, PAS memang pengganas..!”. Macam ni sekalikah kita berfikir? Jumud dan tak matang langsung. Aku bukan orang PAS, aku ahli UMNO, tapi aku geli dan sangat meluat dengan persepsi dan tanggapan yang kita letak terhadap cerita bolasepak ni. Tambahan pulak, kalau ada sesiapa yang tonton berita RTM sehari selepas perlawanan akhir itu, cerita dan laporan tentang keganasan penonton K*elantan sangat-sangatlah jadi berita utama ye. Apa motifnya? Nak sebar propaganda yang orang-orang K*elantan ni semuanya jahat dan ganas sebab PAS memerintah? F..
- Hentikan sebaran media yang terlalu menyebelahi kera*jaan. Ini menggelikan, terlalu menggelikan. Kita UMNO akan kehilangan lebih banyak sokongan orang muda andai terus menggunakan taktik ini. Aku merayu, andai ada orang RTM/TV3 yang baca ni, tolonglah hentikan propaganda yang melampau ini. Sikit-sikit bolehlah, aku pun sokong, banyak sangat, jadi muaklah!
- Aku tak sokong K*elantan malam tu, ya aku mengaku. Aku pun benci gila tengok benda-benda awam dibakar. Tapi aku tak boleh kata K*elantan jahat dan ganas. Kalau aku ni Datuk Farid Ridzuan, atau DS Rais Yatim, atau Encik Hasnul Hasan, aku mesti pecat sapa-sapa yang keluarkan banyak sangat berita-berita memualkan ni.
- Baik, tukar cerita. Tuan Guru Nik Aziz kata nak elak keganasan penonton, elakkan bolasepak digelar sebagai permainan. Tak boleh panggil “main” bolasepak. Kita patut panggil “riadhah” bolasepak, baru ada semangat kesukanan. Eh, boleh ke macam tu?